Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Pada tahun 1978, kawasan rancangan lembaga kemajuan tanah persekutuan (FELDA) yang pertama wujud di bandar KETENGAH jaya ialah rancangan FELDA kerteh 1 dengan keluasan 40 hektar. Oleh sebab kawasan penempatan ketika itu terlalu luas untuk 400 orang peneroka, kawasan tersebut kemudiannya dibahagikan kepada tiga buah rancangan lagi iaitu rancangan FELDA kerteh 6, rancangan FELDA kerteh 4 dan rancangan FELDA kerteh 5.

Beberapa tahun seterusnya, dua buah lagi rancangan felda ditambah iaitu rancangan felda kerteh 2 dan rancangan felda kerteh 3 yang diletakkan secara kelompok, berbeza dari empat rancangan yang asal. Kini, penduduk di rancangan FELDA sudah pun memasuki generasi yang ketiga.

Bandar Ketengah Jaya merupakan sebuah bandar baru yang terletak di daerah Dungun, Terengganu, Malaysia. Bandar ini dibangunkan sebagai pusat komersial dan pentadbiran setempat untuk penduduk di enam rancangan FELDA iaitu rancangan FELDA 1, rancangan FELDA 2, rancangan FELDA 3, rancangan FELDA 4, rancangan FELDA 5 dan rancangan FELDA 6. Selain itu, terdapat juga taman-taman perumahan seperti taman murni dan taman takwa yang dibina berhampiran dengan bandar KETENGAH jaya. Walaupun tinggal di kawasan yang berlainan, mereka menganggap jiran tetangga sebagai sebuah keluarga yang besar.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI BERSAMA FELDA KERTEH 5

Aktiviti Terkini | 04 Julai 2018

Program ini telah mendapat sambutan yang sangat memuaskan pada setiap tahun. Jemputan yang dibuat adalah untuk seisi keluarga dan semua agensi-agensi berdekatan seperti sekolah,balai polis,klinik kesihatan dan banyak lagi. Beraneka pilihan makanan boleh dipilih oleh setiap pengunjung seperti nasi,gulai kawah,ayam golek,aiskrim, kuih muih,laksa dan sebagainya....baca selanjutnya

WORLD QURAN HOUR BERSAMA SI CILIK

Aktiviti Terkini | 07 Jun 2018

Program ini telah disertai seramai 122 orang peserta bersama 13 orang guru pengiring. Seluruh dunia bergabung selama sejam untuk membaca dan berinteraksi dengan al-Quran sebagai permulaan umat ke arah kerangka fikir al-Quran dan akhlak Muslim yang sejati. Program ini telah mendapat sambutan yang agak memuaskan dari Tabika Kemas berdekatan....baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M FELDA KERTEH 5

Aktiviti Terkini | 12 Mei 2018

Tumpuan utama program ini adalah untuk aktiviti pengagihan MyAgro Simcard secara PERCUMA kepada petani/peneroka. Pihak PI1M Felda Kerteh 5 merancang mengadakan beberapa aktiviti galakguna untuk pengunjung yang hadir pada hari tersebut. Para pengunjung dapat mengikuti aktiviti galakguna dengan lebih kerap dan secara tidak langsung dapat menarik minat mereka untuk terus mengunjungi PI1M Felda Kerteh 5 di masa akan datang....baca selanjutnya

KEM KESIHATAN KLINIK KESIHATAN KETENGAH JAYA BERSAMA PANEL PENASIHAT KESIHATAN

Aktiviti Terkini | 20 April 2018

Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Daerah Dungun. Ia memberi pendedahan kepada komuniti berkaitan fungsi dan kemudahan yang disediakan di PI1M. Aktiviti santai ini dapat memberi keseronokan kepada pengunjung dan mendapat sambutan yang sangat memuaskan....baca selanjutnya

PEMERIKSAAN MATA PERCUMA

Aktiviti Terkini | 13 April 2018

Tujuan utama mengadakan program bersama EFKEYO Optimetris Kemaman adalah untuk membantu komuniti setempat dan memberi kemudahan kepada mereka terutamanya golongan yang berumur serta mereka yang mempunyai kekangan waktu dan mereka yang sukar untuk bergerak sendiri ke kedai kedai Optimetris untuk mendapatkan pemeriksaan atau rawatan mata....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI & 4U2C BERSAMA SEKOLAH PENDIDIKN KHAS SELURUH KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 28 Mac 2018

Taklimat tentang penggunaan interenet secara selamat dan bijak kepada para pelajar Sekolah Pendidikan Khas seluruh Kemaman berserta guru pembimbing. Program dimeriahkan lagi dengan aktiviti bersama pelajat iaitu membuat kolaj KDB....baca selanjutnya

PEMERIKSAAN MATA PERCUMA

Aktiviti Terkini | 23 Februari 2018

Tujuan utama mengadakan program bersama EFKEYO Optimetris Kemaman adalah untuk membantu komuniti setempat dan memberi kemudahan kepada mereka terutamanya golongan yang berumur serta mereka yang mempunyai kekangan waktu dan mereka yang sukar untuk bergerak sendiri ke kedai kedai Optimetris untuk mendapatkan pemeriksaan atau rawatan mata....baca selanjutnya

LAWATAN TABIKA PERPADUAN FELDA KERTEH 5

Aktiviti Terkini | 11 Februari 2018

Lawatan ini telah dihadiri oleh dua orang guru pengiring dan 10 orang kanak-kanak tabika perpaduan Felda Kerteh 5. Lawatan ini merupakan salah satu program komuniti dimana dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Pendedahan kepada kanak-kanak berkaitan penggunaan teknologi terkini yang dapat membantu proses pembelajaran serta peningkatan IQ mereka...baca selanjutnya

MISI BANTUAN BANJIR SERTA PENYERAHAN BANTUAN BANJIR 2018

Aktiviti Terkini | 07 - 31 Januari 2018

Program ini dijalankan bagi membantu mangsa banjir dan memperkenalkan perkhidmatan serta aktiviti yang dijalankan oleh pihak PI1M secara umumnya kepada komuniti dan menjalinkan hubungan baik dengan penduduk setempat....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti