Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Pada tahun 1978, kawasan rancangan lembaga kemajuan tanah persekutuan (FELDA) yang pertama wujud di bandar KETENGAH jaya ialah rancangan FELDA kerteh 1 dengan keluasan 40 hektar. Oleh sebab kawasan penempatan ketika itu terlalu luas untuk 400 orang peneroka, kawasan tersebut kemudiannya dibahagikan kepada tiga buah rancangan lagi iaitu rancangan FELDA kerteh 6, rancangan FELDA kerteh 4 dan rancangan FELDA kerteh 5.

Beberapa tahun seterusnya, dua buah lagi rancangan felda ditambah iaitu rancangan felda kerteh 2 dan rancangan felda kerteh 3 yang diletakkan secara kelompok, berbeza dari empat rancangan yang asal. Kini, penduduk di rancangan FELDA sudah pun memasuki generasi yang ketiga.

Bandar Ketengah Jaya merupakan sebuah bandar baru yang terletak di daerah Dungun, Terengganu, Malaysia. Bandar ini dibangunkan sebagai pusat komersial dan pentadbiran setempat untuk penduduk di enam rancangan FELDA iaitu rancangan FELDA 1, rancangan FELDA 2, rancangan FELDA 3, rancangan FELDA 4, rancangan FELDA 5 dan rancangan FELDA 6. Selain itu, terdapat juga taman-taman perumahan seperti taman murni dan taman takwa yang dibina berhampiran dengan bandar KETENGAH jaya. Walaupun tinggal di kawasan yang berlainan, mereka menganggap jiran tetangga sebagai sebuah keluarga yang besar.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


PERKHIDMATAN PASUKAN MOBILE (MOBILE TEAM) KWSP KUALA TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 19 Disember 2017

Tujuan utama mengadakan program bersama KWSP adalah untuk memberi kemudahan kepada komuniti bagi mereka yang mempunyai kekangan waktu dan bagi mereka yang sukar untuk bergerak sendiri ke pejabat KWSP memandangkan pejabat KWSP yang berdekatan hanya di Cukai,Kemaman. Perjalanan untuk sampai ke pejabat KWSP mengambil masa hampir 1jam....baca selanjutnya

JALINAN KASIH BERSAMA SI CILIK

Aktiviti Terkini | 07 November 2017

Tujuan utama mengadakan aktiviti ini adalah untuk menarik minat pelajar-pelajar sekolah tadika membaca. Disamping itu, gabungan antara dua sekolah tadika iaitu tadika kemas felda kerteh 6 dan tadika kemas felda kerteh 5 dapat mengeratkan lagi hubungan sesama pelajar,guru-guru serta staf pi1m dan juga staf perpustakaan. Pertemuan ini dapat memeriahkankan lagi suasana dan aktiviti tersebut....baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2017 BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 14 Oktober 2017

Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan dimana ia adalah satu langkah proaktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara dijadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat Negara ke arah Wawasan 2020....baca selanjutnya

ADVOKASI DI TERENGGANU ADVANCE TECHNICAL INSTITUTE UNIVERSITY COLLEGE

Aktiviti Terkini | 13 September 2017

Pusat Internet 1Malaysia Kg Gong Chengal dengan kerjasama Pusat Internet 1Malaysia Daerah Kemaman telah mengadakan Program Advokasi di TATIUC, Kijal untuk pelajar-pelajar institusi berkenaan...baca selanjutnya

'PI1M LITTLE GENIUS PROGRAMME SEASON 1'

Aktiviti Terkini | 28 - 30 Ogos 2017

Sebuah program seperti team building dapat membantu pelajar-pelajar menimba pengalaman baru kerana aktiviti yang agak mencabar dan memerlukan perancangan, penyelesaian masalah, koordinasi, dan kepercayaan sesama ahli pasukan masing-masing....baca selanjutnya

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA SEK. KEB. KG BARU RASAU KERTEH 5 DAN PI1M FELDA KERTEH 5

Aktiviti Terkini | 16 Julai 2017

Majlis ini bertujuan memberi penjelasan dan penerangan kepada guru-guru, ibu bapa serta pelajar tentang kelebihan pusat internet dan perkhidmatan yang disediakan di pusat internet 1 Malaysia....baca selanjutnya

MAJLIS BACAAN YASSIN

Aktiviti Terkini | 16 Jun 2017

Majlis ini bertujuan untuk meraikan bulan ramadhan dan mencari keberkatan dari Allah S.W.T supaya pengurusan PI1M berjalan dengan lebih lancar....baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M KERTEH 5

Aktiviti Terkini | 06 Mei 2017

Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan wanita menyertai pertandingan gubahan puding untuk mencipta daya kreatif masing-masing dan memberi kemudahan kepada komuniti membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma di booth kesihatan yang telah disediakan....baca selanjutnya

'Public Speaking & High Impact Presentation Training'

Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SM SAINS DUNGUN TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 04 April 2017

Program ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar terutamanya tentang media sosial dan elakkan dari terpengaruh dengan buli cyber dan dapat memperkenalkan dan mempromosikan kemudahan yang disediakan di pusat internet...baca selanjutnya

ADVOKASI (KLIK DENGAN BIJAK) SERTA JOM MENGAJI SEMPENA CUTI SEKOLAH

Aktiviti Terkini | 25 Mac 2017

Aktiviti ini bertujuan melahirkan generasi muda yang lebih produktif pada masa hadapan dan menarik perhatian pelajar dan penyelia perpustakaan supaya lebih kreatif dalam mendalami ilmu ICT serta memberi kesedaran celik IT dan klik dengan bijak...baca selanjutnya

ADVOKASI (KLIK DENGAN BIJAK) BERSAMA PELAJAR TADIKA PERPADUAN FELDA KERTEH 4A

Aktiviti Terkini | 12 Februari 2017

Aktiviti ini membuat tayangan video berkaitan dengan buli siber dan sebagainya serta pertandingan mewarna....baca selanjutnya

GOTONG ROYONG & HARI BERSAMA PELANGGAN

Aktiviti Terkini | 21 Januari 2017

Aktiviti ini dapat mendedahkan penduduk tentang kemudahan yang disediakan di PI1M dan mengeratkan hubungan silaturahim bersama komuniti setempat serta memberi kesedaran terhadap celik IT dan klik dengan bijak...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti